Rasional


Sejajar dengan itu, kewujudan sudut atau bilik khas untuk program sebegini menjadi keperluan sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada terletak di dewan terbuka. Ianya difikirkan sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk laluan, berkumpul, kelas seni mempertahankan diri dan sebagainya.
Sudut yang sedia ada telah dicalonkan bagi mewakili Daerah Kuala Selangor bagi pertandingan kategori Sudut ePPDA yang akan dinilai pada bulan September 2010. Bagi memenuhi kriteria pemarkahan, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti ruang pidato, ruang aktiviti, bahan pameran serta pengurusan fail. Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka.

0 comments:

Objektif


1.1.  Diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum
1.2. Membantu pelajar menjana  budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai-nilai murni.
1.3. Memberi pendedahan tentang maklumat  penyalahgunaan dadah dan perkara yang berkaitan dengannya.

0 comments:

Ikrar Anti Dadah


Bahawasanya Kami Rakyat Malaysia
Berikrar Untuk Menjauhkan Diri Dari Dadah
Pada Setiap Masa Dengan:
Memenuhi Masa Lapang Dengan Kerja-Kerja Yang Berfaedah;
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti aktiviti Yang Berguna Dan Berfungsi Kepada Masyarakat;
Menjadi Rakyat Berilmu, Berakhlak Mulia Dan Mengamal Cara Hidup Sihat Dan Cergas;
Menyediakan Diri Untuk Mengisi Keperluan Wawasan, Dan;
Membantu Segala Usaha Bagi Membebaskan Negara Malaysia
Dari Ancaman Dadah.

0 comments:

PPDa


Tentang PPDa



Sejarah PPDa Secara Umum
Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”.  Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.

Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.


Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.


Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.

Fungsi
  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
    rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar

Rasional

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.

0 comments:

Ciri-Ciri Penagih Dadah Mengikut Jenis

Heroin 

Ciri-ciri penagih:Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Morfin:


Ciri-ciri penagih:Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
Candu: 


Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Ganja:


Ciri-ciri penagih:
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sugul

Syabu:


Ciri-ciri penagih:Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Ecstacy/MDMA :


Ciri-ciri penagih:
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
Ketamin:


Ciri-ciri penagih:Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

0 comments:

Jenis - Jenis Dadah


JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI
1.      Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.
                                          (Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)                                     
2.      Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
                                  (Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)                             
3.      Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.



0 comments:

Apa itu Dadah?



Dadah atau dengan bahasa englishnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse" atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenios bahan yang mendatangkan memudaratan kepada kesihatan seseoarang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah di dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, pengunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpama ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabu, dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan dan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

0 comments: